Kelas Short Learning Series (Sls) Nadi X Pembelajaran Sepanjang Hayat – Portuguese Egg Tart

7 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Satu sesi Kelas Short Learning Series (SLS) Portuguese Egg Tart telah berjaya diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu. Kelas ini memberi pendedahan secara praktikal kepada para peserta mengenai teknik penyediaan Portuguese Egg Tart yang autentik, bermula daripada penyediaan doh pastri berlapis sehingga ke penghasilan kastard yang berkrim dan seimbang rasanya. Peserta turut didedahkan kepada kaedah pembakaran yang betul bagi menghasilkan permukaan tart yang sedikit karamel dan tekstur yang sempurna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali